Semua penagih dadah dan dadah sintetik adalah diterima untuk masuk ke Rumah Sahabat.Walau bagaimana pun,kemasukan secara sukarela adalah diutamakan.Jangan sesekali ada paksaan samada dari keluarga atau diri anda sendiri.Untuk menjalani proses pemulihan yang berkesan,biarlah empunya diri rela untuk datang menjalani pemulihan. Beberapa syarat dan peraturan dikenakan untuk mendaftar masuk.diantaranya adalah seperti berikut;
1.kemasukan secara sukarela(tanpa paksaan)
2.tiada dalam senarai dikehendaki(wanted,arrest warrant)
3.boleh berdikari(tidak cacat anggota,sakit tenat,boleh menguruskan diri sendiri)
4.mempunyai dokumen pengenalan diri(mykad/surat beranak/passport)
5.bagi yang dalam seliaan polis/adk,bawa dokumen/rekod sekali.
6.mempunyai waris sebagai penjamin(ibu/bapa,isteri,anak atau saudara mara)
7.mampu untuk membayar yuran pendaftaran dan bekalan ubatan.
8.boleh memberi masa untuk tempoh rawatan minimum selama 40hari.(jika ingin tempoh yang lebih singkat,bayaran dikenakan adalah sama seperti tempoh untuk 40hari)
SYARAT PENDAFTARAN 1.Bayaran semasa pendaftaran yang perlu dijelaskan adalah; a.proses pendaftaran dan dokumen............................rm60.00 b.penyediaan tempat tinggal(40hari).........................rm200.00 c.makan,minum(3kali sehari).......................................rm320.00 d.kemudahan am(air,elekrik dll)..................................rm120.00 jumlah perlu dibayar masa pendaftaran masuk...RM 700.00